I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, April 23, 2010

SAHMURAI...

SAHMURAI telah pun kita preview...lagu-lagu mereka dalam edisi gradung gradeng yang lepas...ternyata lagu-lagu dendangan mereka mencetuskan satu fenomena jika tak keterlaluan di katakan mereka memang menjadi sedikit ikutan..dan nyata mereka membawa konsep muzik yg sedikit ala-ala dangdut indonesia..dan pop rock..yang menarik...memberi harapan baru bahawa industri muzik OA kita yang kecil ini mampu untuk menarik khalayak yang bukan sahaja dari kalangan OA. Lagu-lagu ciptaan mereka juga menarik...dan cara permainan muzik mereka juga yang ada 'quality' menjadikan ramai yang menyokong penuh penglibatan mereka.

SEBELUM INI pun mereka sudah cukup popular di tempat mereka sekitar Perak...membuat persembahan di majlis keramaian orang kahwin, vokal penyanyi nya SYANA cukup memukau...dengan persembahan mantap mereka...

Dan untuk peminat gradung gradeng...terima kasih atas sokongan anda.. kehadiran band2 baru dalam gradung gradung 2010 ini ternyata memberikan semangat kepada kami untuk terus mencungkil bakat-bakat yang sememangnya ada di dalam jatidiri masyarakat OA kita...teruskan berkarya...koleksi gambar-gambar dalam rakaman lagu kumpulan ini di paparkan sekali khas untuk peminat gradung gradeng...

MAJULAH MUZIK ORANG KITA...