I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, August 9, 2009

Band Nada Maya





Macam biasa rekoding diteruskan selagi ada bajet dan dibenarkan pihak pengurusan Radio Malaysia ASYIKfm, saya tetap akan teruskan Gradung-Gradeng 2009...

Pada 25 Julai 2009, sebuah lagi band muncul, menengahkan konsep Pop Komersial iaitu Band Nada Maya, menurut Ketua Band, Bro Yusri, band nie adalah serpihan kumpulan Redstone,itu aje la yang aku dapat info, so nanti saya update lagu-lagu mereka.. buat masa nie.. tengah tunggu Mr Hardy untuk upload dalam masa terdekat

***Penerbit Gradung Gradeng ***

Band i-Sabbath


Band dari Sg Ciung, Banun, Gerik Perak menggelarkan diri mereka i-Sabbath berkonsepkan power metal.

Vokalis i-Sabbath

Drummer i -sabbath
Gitarist i-Sabbath

Bassist i- Sabbath


Sebuah band yang muncul pada 1 Ogos 2009 di Studio Muzik 2, mereka dari Sungai Ciung,Banun, Perak.. info dan koleksi lagu grup ini akan saya update.. tunggu!!!

Friday, August 7, 2009

Perjalanan Gradung Gradeng Sepanjang Julai dan Ogos 2009

DJ NR (Penerbit Gradung -Gradeng ) dan DJ Hardy(Penolong Penerbit) sibuk berbincang mengenai rakaman Gradung-Gradeng, kat belakang Encik Salleh,Soundman Studio Muzik,dan Mr Adam....

Penerbit dan Encik Salleh , Soundman Studio Muzik, Orang Lama...sound dia bikin okey beb..

DJ NR (Penerbit) dan gitar solo.. hehe


Penolong penerbit , DJ Hardy, begitu komited dengan tugas sampai tahap dah gian nak solo gitar.. hehe

DJ NR dan DW drumset.. drum baru .. sound ok

Mr Hairul, Soundman Studio Muzik , Wisma Radio.. Penerbit Gradung Gradeng berbincang mengenai sound ...

04 Julai 2009 - Rakaman Band DSL dan Band Mentari
11 Julai 2009 - Rakaman Band SETEM
25 Julai 2009 - Rakaman Band Nada Maya
01 Ogos 2009 - Rakaman Band i-Sabbath
08 Ogos 2009 - Rakaman Band Country

Ramadhan akan menjengah pertengahan Ogos 2009... rakaman Gradung Gradeng akan disambung selepas raya nanti...adios

***Penerbit Gradung Gradeng ***

Kumpulan SETEM






Tarikh Rakaman : 11 Julai 2009
Tempat: Studio Muzik 1, Wisma Radio, Angkasapuri, Kuala Lumpur
Masa : 9.00 hingga 7.00 malam

Gradung Gradeng 2009 diteruskan dengan kemunculan anak muda dari Batu 12 , Gombak yang menggelarkan diri mereka Kumpulan SETEM, terdiri dari dua vokalis, saudara Wes Taleng dan saudara Bah Cuping, dan di bantu susunan muzik oleh saudara Ruya sebagai gitarist,saudara Asramigo sebagai bassist dan drummer , saudara Adip atau nama sebenar Hafizza..

Mereka memperkenalkan lagu -lagu baru di antaranya

1. Seri Bulan nyanyian saudara Bah Cuping ( Anjang Harun )
2. Kau dan Aku nyanyian saudara Bah Cuping

Saudara Taleng atau nama sebenarnya Mahadil Ali membawa lagu Seniroi Hak Kow Mayek yang biasa kita dengar tapi mengikut susunan muzik SETEM.

Ingin saya perkenalkan Vokalis muda anak kepada vokalis Seneroi, saudara Jali iaitu Adik Aless yang membawa lagu Oh Aleh....dan Ketahuan dari kumpulan Matta

Semoga kumpulan ini terus maju jaya

Arios Ruya and Taleng

*** Penerbit Gradung Gradeng ***

Kumpulan DSL 2009

DSL 2009, dari kiri saudara Pegang Esek ( Bass Gitar ), Norafifi ( Vokalist), Sani ( Drum ) dan Saidi (Gitarist )

DSL bermaksud Dari Sungai Lui telah lama ditubuhkan dan anggotanya silih berganti terutama vokalis mereka,bermula dari saudara Alip Aling sekitar tahun 1992, selepas itu saudara Ahad dan saudara Rakesh , saudari Nadia dan saudari Lenny, kini anggota DSL mempunyai vokalis terbaru iaitu Norafifi, walaubagaimanapun mereka tetap akan terus berkarya menurut saudara Pegang Esek, Ketua Kumpulan DSL 2009.

Antara lagu hits mereka

1. Rindu -Merindu
2. Janji
3. Sesaat Kau Ku Rindu
4. Cinta Mu Hanya Di Bibir Saja
5. Berkasih Boleh

"Selamat Maju Jaya DSL 2009 "

***Penerbit Gradung Gradeng ***