I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, January 29, 2010

0.1.5 [Zero One Five]

Salam 1 Malaysia Kawan-Kawan!

Selama 2 Minggu Bersama Kumpulan 0.1.5 preview lagu-lagu mereka...kumpulan ini yang mempunyai kekuatan dari segi susunan muzik dan permainan mantap mereka..apa pun semoga terhibur kepada semua peminat rancangan ini yang ke udara pada setiap Jumaat pukul 3.10pm-4.00pm Bersama penyampai baru tahun ini DJ Dida..

Membuka Tirai 2010 dengan Kumpulan Redstone dengan preview lagu-lagu mereka...dengan 5 Lagu Rakaman mereka sendiri, menyusul pula 0.1.5 menjadi kumpulan muzik amatur pertama Orang Asli yang membuka tirai rakaman muzik studio di tahun 2010.

Untuk tatapan pendengar Asyikfm juga Peminat Ranc. GG 2010 ini saksikan video Jamm 0.1.5 yang diambil semasa sesi rakaman Muzik Mereka di Studio Muzik..

Teruskan Menyokong Industri Muzik Orang Kita Gradung Gradeng 2010!!!

Wednesday, January 13, 2010

Selindung Jingga

Kumpulan Selindung Jingga adalah kumpulan yang pertama yang menyertai Gradung Gradeng pada awal program ini diperkenalkan pada tahun 2009. kini lagu-lagu kumpulan ini mula meniti di bibir peminat setia Radio Malaysia Asyikfm seperti 'Inak gaok" & 'Ku Tahu Kau Berpunya' mereka lebih berdikari dan tidak terhenti di situ sahaja..sebagai hadiah kepada peminat mereka, mereka menerbitkan sendiri Album mereka dengan modal sendiri dan juga bantuan rakan-rakan...

Saksikan Video Klip Mereka yang mereka terbit sendiri...dengan berbekalkan minat mereka akan terus berkarya...




* (c) BCE 2009

Friday, January 1, 2010

Selamat Tahun Baru 2010 Kepada Peminat Gradung Gradeng

Salam 1 Malaysia...


Salam Tahun Baru 2010 kepada semua pendengar-pendengar Radio Malaysia Asyikfm Lain Dari Yang Lain...




2009 Telah pun menutup tirainya...Segmen Gradung Gradeng Menempuh Tahun sulung Dengan gemilang dengan berjaya mencungkil 29 Band-Band dari masyarakat Orang Kita..ternyata Program ini mendapat sambutan yang cukup menggalakkan dari Orang Kita..Tahun berganti dan kini penyampai juga berganti...


Tahun 2010 bersama penyampai-penyampai Jakun dan DJ Dida akan mengendalikan Ranc. ini Pada Setiap Jumaat pada 3.10PM -4.00PM, diharap program ini akan terus bersinar untuk 2010 ini dan bersama Penerbit Noriman Adnan & Hardy Zakaria. Rakaman-rakaman akan terus di rancakkan pada tahun ini begitu juga untuk rakaman studio..

Jadi Jangan Lepaskan Peluang Bersama Gradung Gradeng 2010!!


Album Penghargaan Kepada Peminat GG yang menyokong segmen Gradung Gradeng..Album Rakaman Live GG di Lokasi Kg. Sg Perah. Dapatkan dengan edisi terhad khas hadiah dari kami kepada anda yang menyokong Gradung Gradeng Selama ini...



















































*P/s: Untuk mendapatkan Album Tribute GG 2009 ini sila Tinggalkan Butir-Butir Anda dan juga No. Telefon Anda Di ruangan Sembang Gradung Atau Cara Lain hubungi 013-2744683 [Hardy] Setiap belian anda mendapat percuma Poster Gradung Gradeng 2009 .