I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, April 25, 2009

Gradung Gradeng 25 April 2009


Min Tanong , Gradung Gradeng rakaman 25 April 2009... nanti kami upload lagu mereka...

Gradung Gradeng 25 April 2009



Kumpulan Sekate,Sg Lalang Baru, Semenyih, Selangor untuk biodata dan lagu nanti saya upload.. sabar

Saturday, April 18, 2009

Rakaman Terbaru


Jika tidak ada apa apa yang melintang pukang tengah jalan, rakaman terbaru Gradung Gradeng akan diadakan pada 25 April 2009 di Studio Muzik, Wisma Radio, Angkasapuri,Band yang akan menyertai rakaman ini ialah Band Min Tanong dan Geng Sg Lalang, Semenyih...


Penerbit Eksekutif
Noriman Adnan

Friday, April 17, 2009

Rakaman Kg Sg Prah 13,14,15 Mac 2009

Red Jack, Sg Perah


Kumpulan Citra 2009 dari Sg Prah, Perak


Kumpulan Kramat 2009 , dari Sg Prah Perak


Band Kroob, Sungai Prah, Parit Perak,
Lagu Hits Mereka di Radio Malaysia ASYIKfm, Ein Riyak..


Band Village Boy, Bota Kanan, Perak

Sunday, April 12, 2009

Kumpulan Sanggang

5 anak muda dari Bukit Bandaraya, Shah Alam... dahulunya Kg Org Asli Air Kuning....sanggup datang dari jauh semata-mata mahu menyertai Gradung Gradeng ASYIKfm 2009, tahniah Kumpulan Sanggang 

Kumpulan Penseq, Kg Putra





Kumpulan Penseq Kg Putra...boleh tahan mereka nie... diketuai oleh Mamak Adum....memang power...lagu mereka pun power.... Gradung Gradeng ASYIKfm bertambah meriah.... 

Rakaman Gradung Gradeng di Kg Putra, Simpang Durian,Jelebu, Negeri Sembilan




Jelajah Gradung Gradeng kami teruskan ke Kg Putra, Simpang Durian, Jelebu, N.Sembilan...
Bermula pada 27 Feb 2009 sehingga 01 Mac selama 3 hari 2 malam kami berkampung di Kg Putra, antara gambar kenangan kami di Kg Putra bersama Krew Gradung Gradeng 

Tahniah En Kokodin


Tahniah En. Kokodin... itulah kata-kata dari kami kerana kagum mendengar mereka dapat mencipta lagu ciptaan mereka sendiri.... terus maju jaya Kumpulan Gegai 

Kumpulan Gegai, Tasik Bera, Pahang





Kumpulan Gegai di ketuai oleh Encik Kokodin...memperkenalkan lagu lagu ciptaan mereka sendiri...nanti kami upload lagu mereka....tunggu.... 

Kumpulan Camar 7 Feb 2009





Kumpulan Camar memulakan sesi rakaman pada 7 Feb 2009....memulakan langkah pertama Gradung Gradeng ASYIKfm 2009 

Gradung Gradeng di Tasik Bera Pahang






Gradung Gradeng 2009 bermula di Kg Gegerih, Tasik Bera, Pahang pada 7 Feb 2009 dan 8 Feb 2009 .... Krew penerbitan Gradung Gradeng 2009 ialah Noriman Adnan, Pandak Tah dan Mr Kurah, gambar-gambar di atas semasa sesi rakaman dan juga alat rakaman yang kami gunakan. 

Saturday, April 11, 2009

Perjalanan Rakaman Setakat April 2009

Kelahiran Gradung-Gradeng bermula pada 7 Feb 2009... di mana semuanya bermula di Tasik Bera Pahang...


07 & 08 Feb 2009
Kampung Gegerih Tasik Bera,Pahang
Rakaman Kumpulan Gegai
Rakaman Kumpulan Camar (tengok mereka di http://www.myspace.com/camarendral)

27, 28 Feb dan 01 Mac 2009
Kampung Putra, Simpang Durian, Jelebu,N.Sembilan
Rakaman Kumpulan Penseq
Rakaman Kumpulan Sanggang
Rakaman Kumpulan YKOAP

12,13,14,15 Mac 2009

Kampung Sungai Perah, Parit, Perak
Rakaman Kumpulan Citra
Rakaman Kumpulan Kramat
Rakaman Kumpulan Red Jack
Rakaman Kumpulan Krob
Rakaman Kumpulan Village Boy
Rakaman Kumpulan Indra

04 April 2009
Band dari Cenderung Kelubi


25 April 2009
Band dari Sg Lalang (belum confirm lagi)

dan akan datang seterusnya... nantikan....

Istilah Gradung Gradeng

Gradung Gradeng kami percaya tentu anda akan tertanya-tanya apakah maknanya Gradung Gradeng ini... ya... semestinya lain dari yang lain itu sememangnya tag line kami di ASYIKfm

Gradung Gradeng bermaksud bunyi-bunyian di ambil dari bahasa Dialek Temiar.Rancangan ini bertujuan mencungkil bakat kugiran setelah kejayaan rancangan Juara ASYIK 2007 memberi galakan kepada belia dan beliawanis masyarakat Orang Asli untuk meluahkan,memperlihatkan dan memberi peluang pencipta-pencipta lagu masyarakat Orang Asli
di Semenanjung Malaysia sama ada penulis lagu atau penulis lirik.

Ya... disinilah agendanya atau platformnya kepada anda terutama Masyarakat Orang Asli dari Semenanjung Malaysia menyertai kami dalam memperkembangkan hasil karya anda untuk disimpan oleh Radio ASYIKfm sehingga zaman berzaman....

Ayuh sertai kami...berilah pendapat serta komen-komen yang membina ke arah memajukan industri muzik moden Orang Asli yang tidaklah sehebat Industri Muzik yang lebih canggih.

Orang Asli atau Orang Asal juga mampu berkarya sama seperti Masyarakat Maju yang lain ... ayuh jangan ketinggalan....



Dari Penerbit
Noriman Adnan & Pandak Tah

Gradung Gradeng

Merupakan salah satu rancangan baru di Radio ASYIKfm, blog ini adalah blog rasmi untuk Rancangan Gradung Gradeng tahun 2009
berikut senarai nama mereka yang menjayakan Gradung Gradeng 2009

Penerbit Eksekutif : Noriman Adnan
Penerbit : Pandak Tah
Penyampai : Hardi Zakaria Kassim

Di keudarakan setiap Jumaat dari jam 5.00 hingga 6.00 petang