I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, July 13, 2010

SEMARAKKAN LAGI PENCIPTAAN LAGU DARI MASYARAKAT ORANG KITA...



Salam 1Malaysia kepada semua pelayar Gradung-gradeng, Terima kasih kerana anda menyokong Rancangan ini sehingga ia menjadi antara rancangan terbaik di ASYIKfm walaupun masih baru di ASYIKfm. Tanpa sokongan anda siapalah Gradung-Gradeng...

ASYIKfm tetap menghargai penyertaan belia-belia dalam Rancangan ini terutama nya kumpulan-kumpulan yang telah bersama kami sejak awal rancangan ini iaitu pada awal 2009.
Tahniah kepada band-band yang berjaya berdikari sendiri menerbit kan EP atau Album sendiri. kita dapat lihat kemunculan Battle of Orang Kitak Terbitan Serasi Music, Band-band lain seperti Redstone, Nada Maya, Khazanah, Key-loi, Mamak Rafi, Survival, Menterra, 0.1.5, Selindung Jingga, Sah-Murai, Cheldoll, Escape dan banyak lagi band yang berjaya tak kiralah berjaya menerbit kan ep, album atau pun dah semakin berjaya mendapat undangan-undangan membuat persembahan di luar...semoga anda berusaha lagi untuk lebih berjaya, jangan jemu untuk terus belajar...dan Gradung-gradeng akan terus mencari bakat-bakat baru...kualiti yang kami cari namun band-band yang baru berjinak untuk bermain muzik mantapkan lagi permainan anda...

Menjelang Julai & Ogos ini...untuk beberapa minggu jangan lupa untuk terus mendengar GG pada setiap Jumaat 3.10pm-4.00pm kerana kita akan mengadakan kuiz GG pada setiap minggu, soalan akan dikemukakan kepada pendengar semasa rancangan yang berkaitan dengan segmen gradung gradeng. hadiah menarik menanti anda...jadi terus mendengar ASYIKfm...Moi Nong Moi...

Beberapa lagi kumpulan muzik akan diperkenalkan untuk bulan Julai ini iaitu:

1.) JERMUS [5 lagi lagu baru]
2.) SERIMAI
3.) HANNY BAND