I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, March 25, 2010

Band-band berkualiti di GG March ini..

12 March 2010 / jumaat

Band Survival

Kumpulan Survival membuka tirai March dengan preview lagu-lagu terbaru mereka dengan vokalis baru iaitu Amy..suara nya tidak kurang hebat juga..tahniah Survival kerana masih bersama dalam survival muzik modern Orang Kita...dan anda juga menjadi inspirasi kepada band-band baru dan pencipta-pencipta dari masyarakat Orang Kita untuk lebih kreatif lagi mencipta lagu...

> Kumpulan Survival di konti GG 2010

19 march 2010 / jumaat

Band Sah Murai

Band Sah Murai menjadi band yang kedua di perkenalkan pada minggu seterusnya, band yang berasal dari Perak ini, mempunyai kualitinya tersendiri, jika di dilihat melalui Vokalis nya seorang wanita yang mempunyai suara yang mantap menyerlahkan lagi kelainan kumpulan ini. konsep kumpulan ini yang membawa genre pop rock alternatif...dan bijak mengalunkan lagu-lagu yang sesuai utk pendengaran semua golongan yata menarik perhatian pendengar di Radio Malaysia ASYIKfm. 3 Lagu ciptaan sendiri dan lagu-lagu saduran yang lain yang di bawa denga cukup baik terutama lagu Benci, Permata Biru dan Munajad cinta...antara lagu ciptaan sendiri mereka ialah impianku, sendiri & dirimu.


BAND OTG

26 MARCH 2010 / JUMAAT

Kumpulan OTG atau Orang Temenggor Grik, berasal dari Tasik Temenggor di pedalaman RPS Kemar ini membawa konsep Rock yang pasti membangkit keghairan belia-belia kita untuk berkarya...

nantikan kumpulan OTG bersama anda dalam GG bersama Penyampai DJ Dida...saksikan kelainan...hanya di ASYIKfm Lain Dari Yang Lain...

* Krew Penerbitan Gradung Gradeng Di ketuai Oleh Noriman Adnan, DJ Asmi & Long Ehsan dan Krew2 lain akan ke Pos Brooke Gua Musang Kelantan pada 26, 27, 28 & 29 March ini untuk rakaman Band di Lokasi untuk Gradung Gradeng...Moga segalanya berjalan lancar..SELAMAT!!!